Saturday, July 26, 2008

Pip tu nate gapo pulokk??


Pip tu nate gapo pulokk?

Dalam forex..pip boleh dikatakan sebagai penjodoh bilangan.Misalnya untuk jarak kita gunakan penjodoh bilangan meter atau kilometer.Untuk berat pula kita biasa gunakan gram atau kilogram.Begitulah juga dalam forex,beza harga untuk sesuatu pair dikatakan sebagai pip.
Lihat contoh di bawah:

Contoh 1:
Harga EU/USD sekarang ialah 1.3000.
Dua minit kemudian harga EU/USD berubah ke 1.3010.
Ini bermakna pair EU/USD telah berubah +10pip.

Contoh 2 :
Anda membeli USD/JPY pada harga 105.00
30saat kemudian…harga USD/JPY melonjak naik ke 105.20
Ini bermakna anda telah untung 20pip.









So..kesimpulannya:
PIP: Beza harga terkecil sesuatu pair.

Nampak tak? Sebarang perubahan terkecil sesuatu pair itu dikira sebagai PIP.Keuntungan dan kerugian anda juga berdasarkan berapa pip yang anda perolehi iaitu perubahan harga sesuatu pair tersebut.

Hei hei hei..pasti kepala anda mula panas sekarang..Dont wory,banyak lagi nak kene belajar untuk jadi seorang trader yang professional.Bak kata orang kampong ”kayuh pelan”.Tak lari market di kejar.Anda boleh rehat dulu sekiranya rasa terlalu berat untuk angkat semua ni dalam satu-satu masa.

No comments:

Google