Saturday, July 26, 2008

Yang perlu anda tahu tentang broker.

Broker???

Seterusnya..saya akan membincangkan mengenai broker pula.Ape broker nih?Broker atau dalam bahasa melayunya boleh di istilahkan sebagai ‘tukang bagi bangkrap’.Dalam urusniaga forex,anda sememangnya tidak dapat lari dari broker.Broker ialah syarikat atau individu persendirian yang menyediakan perkhidmatan perantara anda dengan bank.Yelah…nak tukar-tukar duit mesti dengan bank.Tugas broker ialah menyediakan platform untuk anda melakukan urusniaga dan mengawal urusniaga forex anda.Sebenarnya anda boleh melakukan urusniaga forex ini tanpa broker dan direct terus ke bank.Namun yang demikian,modal anda mestilah berjuta-juta ringgit dan charge yang dikenakan di bank adalah terlampau tinggi.Kelebihan menggunakan broker pula ialah broker menyediakan leverage untuk anda berurusniaga dimana leverage ini penting untuk mendapatkan untung yang besar dengan modal yang kecil.

Terdapat dua jenis broker di dunia ini.
1.Real Broker.
2.Bucket shop Broker.

Ape beza real broker ngan broker bucketshop??

Real broker lebih berdisiplin dan wang anda tentunya lebih selamat dengan menggunakan real broker.Antara cirri-ciri broker ialah berdaftar di bawah akta Negara.Misalnya untuk broker yang menetap di United States,mereka mestilah didaftarkan di bawah FCM (Futures Commission Merchant) dengan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dan menjadi ahli NFA (National Future Association).Anda boleh menyemak keahlian NFA broker anda di link berikut www.nfa.futures.org/basicnet/. Tugas NFA ini ialah untuk melindungi hak-hak trader dan memastikan keselamatan wang semua trader bebas dari manipulasi dan penipuan.NFA juga ada menyediakan pelajaran dan pembelajaran untuk mereka yang baru dalam urusniaga forex ini.

Broker Bucket Shop pula ialah broker yang tidak didaftarkan di mana-mana agency kerajaan yang berdaftar.Namun demikian bukan semua broker yang tidak didaftarkan boleh dikategorikan sebgai bucketshop.Ada sesetengah Negara yang memberi lesen untuk broker namun di Negara tersebut tiada agensi kerajaan yang bertanggung jawab memantau broker tersebut.Di Malaysia pula,kerajaan Malaysia langsung melarang syarikat atau individu dari membuka broker forex di Malaysia.Kebanyakan broker yang beralamat di Malaysia hanyalah ‘Introduce broker’ (IB) untuk broker-broker besar luar negara.Introducer Broker ini hanyalah wakil dari syarikat broker atau agent broker tersebut untuk mempromosikan broker mereka.

Namun demikian, setiap broker real dan broker bucketshop masing-masing terdapat beberapa kelemahan.Kelemahan bagi broker real ialah spread yang besar,mengenakan SWAP,transaksi deposit withdrawal memakan masa yang lama (biasanya dalam 7 hari bekerja) dan semasa news-news besar keluar,spread untuk sesuatu pair tersebut melambung tinggi.Kadangkala sampai 70pip.Mak datuk besau gilosss.Kelemahan broker bucket shop pula ialah wang anda tidak dijamin selamat,pergerakan graf yang lambat,connection meta trader selalu putus berlaku gap yang tidak dijangka dan banyak lagi yang anda boleh cuba sendiri.Namun demikian,kelebihan broker bucketshop ialah kebanyakannya tidak mengenakan cas swap,spread yang rendah dan transaksi deposit dan withdrawal yang cepat (dalam masa sehari dah boleh setel semua)




Jadi??Nak pilih broker mana??Soalan itu agak umum..anda boleh tepuk dada Tanya diri masing-masing.Pendapat saya ialah untuk trade kecil kecilan (modal kurang 1000 USD) lebih bagus guna broker bucketshop.Untuk modal yang berpuluh puluh ribu pula elok lah menggunakan broker yang berdaftar kerana keselamatan wang anda menjadi keutamaan.

1 comment:

Anonymous said...

"....semasa news-news besar keluar,spread untuk sesuatu pair tersebut melambung tinggi.Kadangkala sampai 70pip.Kelemahan broker bucket shop pula ialah wang anda tidak dijamin selamat,pergerakan graf yang lambat,connection meta trader selalu putus berlaku gap yang tidak dijangka.......... BETUL kata2 ni, aku sudah kena...,aku ikut FXPRO, bila posisi saya untung " "semua di atas tu inilah masalah"... saya fed up,ada tak siap2 yg tau broker yg bagus punya..?

Google