Wednesday, July 30, 2008

Ape Maksudkan LOT??

Ape yang di maksudkan dengan Lot?


Apabila anda hendak membuka posisi,sudah tentu anda yang menentukan berapakah jumlah wang yang anda akan niagakan. Walau bagaimanapun,sesetengah broker tidak akan meminta berapa banyak kah wang anda yang nak di niagakan sebaliknya meminta anda memasukkan berapa Lot kah yang anda ingin niagakan. Seperti yang saya ceritakan di bab pengenalan,pada asasnya forex melibatkan sejumlah wang yang besar.Broker tidak akan menguruskan wang anda yang bernilai kecil. Oleh yang demikian, kebanyakan broker hanya akan membenarkan anda membuka posisi dengan kadar minima 0.1 Lot iaitu bersamaan 10 000 USD.


Kesimpulannya, Lot ialah jumlah wang yang akan anda niagakan.


10 Lot = 1 000 000 USD

1 Lot = 100 000 USD.

0.1 Lot = 10 000 USD


Anda tentu risau sekarang kerana anda tidak mempunyai modal sebanyak 10 000 usd tersebut. Jadi bagaimana hendak anda membuka satu posisi?? Jawapan nya sudah tentulah dengan leverage.


Lihat contoh di bawah:


Sebagai contoh, Leverage yang anda gunakan ialah 1:200. Jadi untuk membuka 0.1 Lot, anda hanya perlu ada wang sebanyak 50 usd dalam akaun anda kerana 50 usd x 200 leverage = 10 000 usd.Betul tak?


Kalau leverage yang anda gunakan ialah 1:100 pula,sudah tentu anda perlukan 100 usd untuk membuka 0.1 Lot kerana 100 usd x 100 leverage = 10 000 usd.Sudah faham sekarang?Kalau belum lagi..ulang-ulang la membaca agar anda mendapat kefahaman yang
lebih mendalam.


Sekiranya anda membuka posisi dengan 0.1 Lot, setiap kenaikan/penurunan 1 pip anda akan untung/rugi 1 usd.Tak percaya?


Lihat contoh di bawah:


Anda buy GBP/USD (beli GBP dengan wang USD) sebanyak 0.1 Lot (10 000 GBP) pada harga 2.0000 (1 GBP berharga 2 USD). Jadi anda perlu bayar adalah sebanyak 20 000 USD kerana 10 000 x 2.0000 = 20 000 USD.Selang beberapa saat kemudian, harga GBP/USD naik pada kadar 2.0001 (1pip). Anda pun terus menukarkan kembali wang 10 000 GBP anda tadi kepada USD. Berapa USD kah yang anda dapat? Sudah tentu jawapannya ialah 1 USD kerana 10 000 GBP x 2.0001 = 20 001 USD. Tengok? 1 pip bersamaan 1 usd bukan?



Lot tidak di guna pakai dalam penggunaan meta trader 4. Tetapi Lot di istilah kan sebagai Volume. Nama je lain,maksud sama je. Anda boleh jumpa istilah volume ini apabila hendak membuat order dalam platform meta trader4.













Ingat!!! Anda boleh set kan berapakah nilai 1 pip anda dengan Lot. 1 Lot = 10 usd setiap pip. Sekiranya anda sanggup menanggung risiko kerugian yang besar,sudah tentu keuntungan yang bakal anda peroleh juga besar. Manage lah risiko untung anda dengan bijak.




DAPATKAN EBOOK ASAS FOREX PERCUMA!!!!
Anda hanya perlu melakukan tiga langkah berikut untuk mendapatkan semua ebook saya di www.panduan-asas-forex.com secara percuma.


1. Membuka akaun seperti yang di ajar di:


2. Lakukan deposit minima atau sekurang-kurangnya USD50 (RM230) sepeti yang di ajarkan di:


3. Isikan boring pengesahan deposit dengan memasukkan trading akaun no, investor password dan server di website:

Dalam tempoh 48 jam, saya akan emailkan kepada anda semua ebook yang disediakan sekiranya anda memenuhi syarat yang ditetapkan.
 

Monday, July 28, 2008

Stop Loss dan Take Profit

Ape ke hek “Take Profit (TP) ” dan “Stop Loss (SL)” nih??


Take Profit (TP):


“Take Profit (TP)” dalam bahasa Melayunya…nak cakap gak ke?Tak yah la kan. Dalam meta trader 4,take profit digunakan untuk anda set price close order sekiranya posisi anda tersebut telah untung.Misalnya anda telah membuat order long (ingat tak long tu amende?) untuk pair GBP/USD pada harga 1.9900.Anda ingin close order anda pada keuntungan 20 pip.Jadi anda boleh la set kan TP anda pada harga 1.9923 iaitu 20pip (+3 spread) atas dari harga anda open posisi.

Stop Loss (SL):


“Stop Loss (SL)” pula digunakan untuk anda menetapkan berapa maximum kerugian yang anda sanggup tanggung sekiranya pergerakan chart melawan posisi anda.Misalnya anda Long (mengharapkan chart naik) GBP/USD pada harga 1.9000.Tapi apa yang berlaku ialah harga chart GBP/USD tadi turun dengan mendadak 100 pip. Sekiranya anda set kan stop loss anda 20pip iaitu pada harga 1.8980, secara automatiknya apabila price sampai pada harga 1.8980 tadi posisi anda akan di close dan anda hanya perlu tanggung kerugian sebanyak 20 pip sahaja daripada 100 pip.











Kelebihan menggunakan SL dan TP ini ialah anda tidak perlu berada di depan computer sepanjang masa untuk mengawal posisi anda.Anda hanya perlu set kan TP dan SL dan anda sudah boleh off kan pc anda.TP dan SL tetap akan trigger walaupun anda off kan pc anda ataupun electric terputus.Anda juga boleh terus setkan SL dan TP anda semasa membuat pending order.Pastikan TP dan SL anda melebihi 10 pip dari harga semasa iaitu kalau anda membuat buy pada harga 2.0000,TP anda mestilah paling kurang di 2.0010 dan stop loss anda mestilah paling kurang di 1.9980.


Take Profit sangat penting dalam urusniaga forex.Sekiranya anda tidak menetapkan TP,harga mungkin akan naik sehigga anda untung beratus-ratus dan dan turun mendadak menyebabkan anda rugi teruk.Sekiranya anda set TP,anda mungkin sudah close posisi anda sebelum price tersebut jatuh dan menyebabkan anda rugi.TP juga perlu lah bersesuaian dengan analisa anda.Misalnya anda terlalu takut rugi jadi apabila anda sudah untung 3pip,anda terus close posisi anda padahal harga tersebut terus naik sehingga 100 pip menyebabkan anda tak untung banyak.Tapi ok la dari rugi kan?



Jadikan Stop Loss sebagai kawan anda.Nasihat saya, jangan sesekali tidak meletakkan Stop Loss apabila anda membuka posisi.Tidak ada 100% kepastian dalam urusniaga forex.Setakat turun naik 100pip tu dalam 5 saat boleh berlaku. Kalau anda tidak setkan SL anda,sekiranya harga melawan posisi anda dengan terus menerus apa yang akan berlaku?? Sudah tentu akaun anda akan TOTAL LOSS (TL) iaitu wang anda hanya tinggal telur ayam.OOOhhhh….NOOO!!!! Anda pun kembali ke pangkal jalan iaitu play safe dengan melabur dalam ASB. Tahniah!

Sunday, July 27, 2008

Ajar la Pasal Pending Order.

Ada dua cara bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga forex ini.


1. Instant execution (pesanan segera).
2. Pending Order (pesanan tangguh).

Untuk pesanan segera (instant execution) anda hanya perlu klick button “buy” atau “sell” di meta trader anda.Dengan segera broker anda akan membuka position yang anda beli tersebut.


Pesanan Tangguh (pending order) pula digunakan untuk membuka posisi bukan pada harga semasa.Terdapat empat jenis pesanan yang boleh anda lakukan iaitu Buy Stop,Sell Stop,Buy Limit dan Sell Limit.Di sini saya akan senaraikan kegunaan empat jenis pending order tersebut.













1.Buy Stop :


Buy Stop digunakan untuk buy pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa sekarang untuk EUR/USD ialah 1.6000.Anda hendak buy pada harga 1.6050 jadi anda boleh melakukan pending order Buy Stop sekiranya anda tidak mampu untuk berada di hadapan computer sepanjang masa.



2.Sell Stop:


Sell Stop pula tebalik kepada Buy Stop.Sell Stop boleh digunakan sekiranya anda ingin membuat pesanan sell pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,EUR/USD sekarang berada pada harga 1.6050,anda ingin membuka pesanan sell pada harga 1.6000,jadi anda boleh la menetapkan Sell Stop pada harga 1.6000.


3.Buy Limit:


Buy Limit digunakan untuk anda membuat pesanan buy pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang berada pada 1.0000.Anda ingin membuka posisi buy pada harga 0.9990 jadi anda bolehlah menetapkan Buy Limit anda pada harga 0.9990 tersebut.


4.Sell Limit:

Sell Limit pula terbalik kepada buy limit.Sell Limit boleh digunakan untuk anda membuka posisi sell pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang ialah 1.0000,anda ingin membuka posisi sell pada harga 1.0040,jadi anda boleh ler menetapkan Sell Limit pada harga 1.0040 tersebut…..(ayat macam samer je semua).



Kelebihan pending order ialah anda tidak perlu berada di hadapan computer anda selama 24 jam sehari sampai termuntah.Sudah tentu sangat bosan menunggu chart bergerak semasa market tenang..Jadi anda hanya perlu set kan pending order anda pada price yang anda rasa sesuai untuk membuka posisi.

BUY & SELL

Buy & Sell


Ok…Seterusnya saya akan membincangkan bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga ini.


Ada dua jenis posisi dalam urusniaga forex iaitu “Buy” dan “Sell”.
Mesti anda pening,”kenapa boleh sell pulak?Kat sape kita nak Sell?”..hohoho.Anda jangan silap.Sell bukan bererti anda jual.Tetapi sell terbalik kepada buy.Dalam hati anda ”Aik..terbalik??Memang la terbalik..nenek aku pun tahu beli lawannya jual.”Dalam forex,buy dan sell membawa erti yang berbeza.Mari saya jelaskan…


Kita ambil contoh pair..pair ape ek best?Hurmm..pair GBP/USD lah.
Bila anda membuka posisi “Buy”,ini bermakna anda membeli GBP dengan wang USD.Manakala bila anda membuka posisi “Sell” ini bermakna anda membeli beli wang USD dengan GBP.Nampak perbezaan nya?


Bilamana anda membuka posisi Buy (beli GBP dengan wang USD),apabila harga GBP/USD naik,anda akan mendapat untung dan apabila harga GBP/USD turun,sudah tentunya anda rugi.


Sebagai contoh:Anda buy GBP/USD (beli GBP dengan USD) pada harga 2.0000 sebanyak 10 000 USD.Sudah tentu nya anda mendapat 5000 pound(GBP).Sekiranya harga GBP/USD naik,misalnya naik 50 pip dari 2.0000 ke 2.0050 sudah tentunya apabila anda tukar wang anda kembali ke USD,anda hanya perlu darab 5000 pound dengan 2.0050,anda mendapat 10 025 USD.Kan untung 25 USD tu.



Begitu juga Sell.Sekiranya anda membuka posisi Sell (beli USD dengan GBP),apabila harga GBP/USD turun,anda akan untung dan apabila harga GBP/USD naik..sudah tentu anda akan rugi.



Contoh untuk sell pula: Anda sell GBP/USD (beli USD dengan GBP) pada harga 2.0000 sebanyak 10 000 pound (GBP).Jadi anda mempunyai 20 000 USD.Macam mana kira? 10 000 X 2.000 = 20 000.Bila harga GBP/USD turun 50 pip iaitu jatuh dari pada 2.0000 ke 1.9950 anda pun menukar kembali wang anda ke dalam GBP. Berapa anda dapat? 20 000 bahagi 1.9950 = 10 025 pound.Kan anda untung 25 pound tu.


Dengan kata lain..

BUY: Anda mengharap graf naik.(Graf naik baru anda Untung.Graf turun anda rugi!!)

Sell: Anda mengharap graf turun.(Graf turun baru anda untung.Graf Naik anda rugi!!)


Oh ya.. Nama lain bagi Buy ialah “Long” dan nama lain bagi Sell pula ialah “Short”.Sekiranya ada orang berkata “Long sekarang”,sudah tentu anda tahu bahawa itu ialah “Buy sekarang” jangan sell pulak.Parook nanti jadinya.Ingat yaa!!


Google