Sunday, July 27, 2008

Ajar la Pasal Pending Order.

Ada dua cara bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga forex ini.


1. Instant execution (pesanan segera).
2. Pending Order (pesanan tangguh).

Untuk pesanan segera (instant execution) anda hanya perlu klick button “buy” atau “sell” di meta trader anda.Dengan segera broker anda akan membuka position yang anda beli tersebut.


Pesanan Tangguh (pending order) pula digunakan untuk membuka posisi bukan pada harga semasa.Terdapat empat jenis pesanan yang boleh anda lakukan iaitu Buy Stop,Sell Stop,Buy Limit dan Sell Limit.Di sini saya akan senaraikan kegunaan empat jenis pending order tersebut.













1.Buy Stop :


Buy Stop digunakan untuk buy pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa sekarang untuk EUR/USD ialah 1.6000.Anda hendak buy pada harga 1.6050 jadi anda boleh melakukan pending order Buy Stop sekiranya anda tidak mampu untuk berada di hadapan computer sepanjang masa.



2.Sell Stop:


Sell Stop pula tebalik kepada Buy Stop.Sell Stop boleh digunakan sekiranya anda ingin membuat pesanan sell pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,EUR/USD sekarang berada pada harga 1.6050,anda ingin membuka pesanan sell pada harga 1.6000,jadi anda boleh la menetapkan Sell Stop pada harga 1.6000.


3.Buy Limit:


Buy Limit digunakan untuk anda membuat pesanan buy pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang berada pada 1.0000.Anda ingin membuka posisi buy pada harga 0.9990 jadi anda bolehlah menetapkan Buy Limit anda pada harga 0.9990 tersebut.


4.Sell Limit:

Sell Limit pula terbalik kepada buy limit.Sell Limit boleh digunakan untuk anda membuka posisi sell pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang ialah 1.0000,anda ingin membuka posisi sell pada harga 1.0040,jadi anda boleh ler menetapkan Sell Limit pada harga 1.0040 tersebut…..(ayat macam samer je semua).



Kelebihan pending order ialah anda tidak perlu berada di hadapan computer anda selama 24 jam sehari sampai termuntah.Sudah tentu sangat bosan menunggu chart bergerak semasa market tenang..Jadi anda hanya perlu set kan pending order anda pada price yang anda rasa sesuai untuk membuka posisi.

No comments:

Google