Sunday, July 27, 2008

BUY & SELL

Buy & Sell


Ok…Seterusnya saya akan membincangkan bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga ini.


Ada dua jenis posisi dalam urusniaga forex iaitu “Buy” dan “Sell”.
Mesti anda pening,”kenapa boleh sell pulak?Kat sape kita nak Sell?”..hohoho.Anda jangan silap.Sell bukan bererti anda jual.Tetapi sell terbalik kepada buy.Dalam hati anda ”Aik..terbalik??Memang la terbalik..nenek aku pun tahu beli lawannya jual.”Dalam forex,buy dan sell membawa erti yang berbeza.Mari saya jelaskan…


Kita ambil contoh pair..pair ape ek best?Hurmm..pair GBP/USD lah.
Bila anda membuka posisi “Buy”,ini bermakna anda membeli GBP dengan wang USD.Manakala bila anda membuka posisi “Sell” ini bermakna anda membeli beli wang USD dengan GBP.Nampak perbezaan nya?


Bilamana anda membuka posisi Buy (beli GBP dengan wang USD),apabila harga GBP/USD naik,anda akan mendapat untung dan apabila harga GBP/USD turun,sudah tentunya anda rugi.


Sebagai contoh:Anda buy GBP/USD (beli GBP dengan USD) pada harga 2.0000 sebanyak 10 000 USD.Sudah tentu nya anda mendapat 5000 pound(GBP).Sekiranya harga GBP/USD naik,misalnya naik 50 pip dari 2.0000 ke 2.0050 sudah tentunya apabila anda tukar wang anda kembali ke USD,anda hanya perlu darab 5000 pound dengan 2.0050,anda mendapat 10 025 USD.Kan untung 25 USD tu.



Begitu juga Sell.Sekiranya anda membuka posisi Sell (beli USD dengan GBP),apabila harga GBP/USD turun,anda akan untung dan apabila harga GBP/USD naik..sudah tentu anda akan rugi.



Contoh untuk sell pula: Anda sell GBP/USD (beli USD dengan GBP) pada harga 2.0000 sebanyak 10 000 pound (GBP).Jadi anda mempunyai 20 000 USD.Macam mana kira? 10 000 X 2.000 = 20 000.Bila harga GBP/USD turun 50 pip iaitu jatuh dari pada 2.0000 ke 1.9950 anda pun menukar kembali wang anda ke dalam GBP. Berapa anda dapat? 20 000 bahagi 1.9950 = 10 025 pound.Kan anda untung 25 pound tu.


Dengan kata lain..

BUY: Anda mengharap graf naik.(Graf naik baru anda Untung.Graf turun anda rugi!!)

Sell: Anda mengharap graf turun.(Graf turun baru anda untung.Graf Naik anda rugi!!)


Oh ya.. Nama lain bagi Buy ialah “Long” dan nama lain bagi Sell pula ialah “Short”.Sekiranya ada orang berkata “Long sekarang”,sudah tentu anda tahu bahawa itu ialah “Buy sekarang” jangan sell pulak.Parook nanti jadinya.Ingat yaa!!


No comments:

Google