Saturday, July 26, 2008

Leverage Dalam Forex.

Okey…Seterusnya bab leverage pulak.

What the Heck is Leverage? (Kejadah ape pulak Leverage nih?)

Dalam sesebuah broker,leverage memainkan peranan penting samada anda untung atau rugi.Tanpa leverage,keuntungan anda mungkin hanya 0.0001 sen untuk setiap dollar yang anda niagakan.

Leverage dalam bahasa melayunya di sebutkan sebagai “daya ungkit”.Leverage biasa ditawarkan oleh broker antaranya ialah

1:50
1:100
1:200
1:400

Ape maksudnye tuh?

Sekiranya anda memilih leverage 1:200 ini bermakna setiap 1 usd, wang anda bernilai 200 usd untuk di niagakan.Untuk mudah faham anggaplah untuk setiap 1 usd wang anda,broker bagi pinjam 200 usd.Kenapa nak kena pinjam duit broker pulak??Ini kerana tanpa leverage keuntungan anda hanyalah 0.0001 sen per usd.

Bagaimana boleh jana duit beribu-ribu dengan sekelip mata dalam forex ialah kerana leverage.Lihat contoh di bawah.

Anggaplah anda ada 150 USD.
Harga EUR/USD berada pada 1.5000
Ini bermakna untuk membeli 1 EURO,anda perlu membayar 1.5000 USD.
Jadi anda pun membeli 100 EURO dengan harga 150 USD tanpa leverage daripada broker.
Jadi anda sekarang memegang 100 EURO.

30 minit kemudian, harga EUR/USD melonjak naik 50 pip disebabkan news interest rate pada pukul 2 pagi hari rabu.

Harga EUR/USD menjadi 1.5050.Terus anda tukarkan wang anda kepada USD kembali.
Berapakan keuntungan anda?Darab lerrr…

100 x 1.5050 = 150.50 USD.

Nampak?Anda telah untung 0.50 USD.Pada awalnya anda hanya beli dengan 150 USD,tapi bila dah jual,anda dapat 150.50 USD.Kan untung 0.50 USD tu.

Sikit gilerrr!!! 50 pip untung 50 sen jee.


Anda bengang…terus anda set leverage 1:200 dengan broker anda.

Anggaplah di metatrader anda sekarang masih ada 150 USD.
Harga EUR/USD telah jatuh semula pada 1.5000.
Anda pun buy dengan leverage 1:200 EUR/USD menggunakan 150 USD anda pada harga 1.5000.

Berapa EURO anda dapat?Baik lah..saya tahu anda tak pegang calculator sekarang..masaalah betul.
Mari kita kira sama-sama.

Anda ada 150 USD.Setiap 1 USD anda pinjam duit broker 200 USD.
Jadi wang anda dalam broker sekarang 30 000 USD.

Harga 1 EURO ialah 1.5000 USD.
30 000 / 1.5000 = 20 000 EURO
Jadi anda pegang 20 000 EURO.

Sejam kemudian,keluar la pulak news Employment Change dan harga EUR/USD sekali lagi melonjak ke 1.5050..terus anda jual balik 20 000 EURO anda.

Berapakan keuntungan anda?Mari kita kira…
20 000 x 1.5050 = 30 100 USD.
Anda pun memulangkan semua pinjaman dari broker tadi sebanyak 30 000 USD.
30 100 – 30 000 = 100 USD.

WOWWWWW!!!! Dalam masa sejam je anda dapat 100 USD dengan modal 150 USD.Berapa percent keuntungan anda dalam masa sejam??yaaa…60% daripada modal.Tengok…dalam masa sejam je anda dapat jana 60% daripada modal anda.Dari 150 USD telah menjadi 250 USD.Kalau anda melabur dalam public mutual,berapa percent anda dapat dalam masa sejam?Berapa percent keuntungan anda dalam setahun?50%??Tak sampai bang oii..cik oii.Ini lah potensi forex.Bezanya cuba public mutual takde risiko kerugian.Wang anda lebih selamat.


Perlu saya ingatkan disini bahawa leverage memaikan peranan sebagai serampang dua mata.Contoh di atas hanyalah untuk keuntung.Cuba anda bayangkan sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya.Harga EUR/USD jatuh 50 pip.Sudah tentu kerugian anda juga sebanyak 100 USD.Wang anda hanya tinggal 50 USD.Anda rugi 100 USD dalam masa sejam.Adusss…pedihnya ku rasa.Givap terus main forex dan anda pun laburlah baki wang anda dalam public mutual.Selamat sikit…kwang kwang kwang 


Well..my friend.Main forex bermakna anda bermain dengan risiko.Anda menukarkan risiko kepada keuntungan,semakin tinggi risiko yang anda sanggup tanggung,semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi,begitulah sebaliknya.Harga untuk menjadi trader yang professional cukup mahal..anda mungkin kehilangan beribu-ribu ringgit sebelum anda menjadi trader yang professional.Namun pecayalah,sekiranya anda telah berjaya digelar professional.Impian anda mula tercapai…bebas dari masalah kewangan.

Yang perlu anda tahu tentang broker.

Broker???

Seterusnya..saya akan membincangkan mengenai broker pula.Ape broker nih?Broker atau dalam bahasa melayunya boleh di istilahkan sebagai ‘tukang bagi bangkrap’.Dalam urusniaga forex,anda sememangnya tidak dapat lari dari broker.Broker ialah syarikat atau individu persendirian yang menyediakan perkhidmatan perantara anda dengan bank.Yelah…nak tukar-tukar duit mesti dengan bank.Tugas broker ialah menyediakan platform untuk anda melakukan urusniaga dan mengawal urusniaga forex anda.Sebenarnya anda boleh melakukan urusniaga forex ini tanpa broker dan direct terus ke bank.Namun yang demikian,modal anda mestilah berjuta-juta ringgit dan charge yang dikenakan di bank adalah terlampau tinggi.Kelebihan menggunakan broker pula ialah broker menyediakan leverage untuk anda berurusniaga dimana leverage ini penting untuk mendapatkan untung yang besar dengan modal yang kecil.

Terdapat dua jenis broker di dunia ini.
1.Real Broker.
2.Bucket shop Broker.

Ape beza real broker ngan broker bucketshop??

Real broker lebih berdisiplin dan wang anda tentunya lebih selamat dengan menggunakan real broker.Antara cirri-ciri broker ialah berdaftar di bawah akta Negara.Misalnya untuk broker yang menetap di United States,mereka mestilah didaftarkan di bawah FCM (Futures Commission Merchant) dengan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dan menjadi ahli NFA (National Future Association).Anda boleh menyemak keahlian NFA broker anda di link berikut www.nfa.futures.org/basicnet/. Tugas NFA ini ialah untuk melindungi hak-hak trader dan memastikan keselamatan wang semua trader bebas dari manipulasi dan penipuan.NFA juga ada menyediakan pelajaran dan pembelajaran untuk mereka yang baru dalam urusniaga forex ini.

Broker Bucket Shop pula ialah broker yang tidak didaftarkan di mana-mana agency kerajaan yang berdaftar.Namun demikian bukan semua broker yang tidak didaftarkan boleh dikategorikan sebgai bucketshop.Ada sesetengah Negara yang memberi lesen untuk broker namun di Negara tersebut tiada agensi kerajaan yang bertanggung jawab memantau broker tersebut.Di Malaysia pula,kerajaan Malaysia langsung melarang syarikat atau individu dari membuka broker forex di Malaysia.Kebanyakan broker yang beralamat di Malaysia hanyalah ‘Introduce broker’ (IB) untuk broker-broker besar luar negara.Introducer Broker ini hanyalah wakil dari syarikat broker atau agent broker tersebut untuk mempromosikan broker mereka.

Namun demikian, setiap broker real dan broker bucketshop masing-masing terdapat beberapa kelemahan.Kelemahan bagi broker real ialah spread yang besar,mengenakan SWAP,transaksi deposit withdrawal memakan masa yang lama (biasanya dalam 7 hari bekerja) dan semasa news-news besar keluar,spread untuk sesuatu pair tersebut melambung tinggi.Kadangkala sampai 70pip.Mak datuk besau gilosss.Kelemahan broker bucket shop pula ialah wang anda tidak dijamin selamat,pergerakan graf yang lambat,connection meta trader selalu putus berlaku gap yang tidak dijangka dan banyak lagi yang anda boleh cuba sendiri.Namun demikian,kelebihan broker bucketshop ialah kebanyakannya tidak mengenakan cas swap,spread yang rendah dan transaksi deposit dan withdrawal yang cepat (dalam masa sehari dah boleh setel semua)




Jadi??Nak pilih broker mana??Soalan itu agak umum..anda boleh tepuk dada Tanya diri masing-masing.Pendapat saya ialah untuk trade kecil kecilan (modal kurang 1000 USD) lebih bagus guna broker bucketshop.Untuk modal yang berpuluh puluh ribu pula elok lah menggunakan broker yang berdaftar kerana keselamatan wang anda menjadi keutamaan.

Spread?

Spread.

Spread dalam bahasa melayunya di istilahkan sebagai ‘lebarkan’ atau ‘jarakkan’.Dalam istilah forex pula,spread merupakan beza harga bid dan ask sesuatu pair tersebut yang dikira dalam pip.Spread berbeza mengikut pair dan broker.Sebagai contoh,untuk pair GPB/USD dengan broker interbankFX,spreadnya bernilai 4 pip.Lihat gambar di bawah.








Harga bid ialah 1.9902
Harga ask ialah 1.9906
Beza harga bid dan ask 1.9906-1.9902 = 4 pip.
Sekiranya anda membuka position buy atau sell,secara automatiknya profit/loss postion anda
menjadi – 4.






Spread ini lah yang menjadi keuntungan kepada broker yang anda guna.Boleh dikatakan bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada anda oleh broker anda.

Pip tu nate gapo pulokk??


Pip tu nate gapo pulokk?

Dalam forex..pip boleh dikatakan sebagai penjodoh bilangan.Misalnya untuk jarak kita gunakan penjodoh bilangan meter atau kilometer.Untuk berat pula kita biasa gunakan gram atau kilogram.Begitulah juga dalam forex,beza harga untuk sesuatu pair dikatakan sebagai pip.
Lihat contoh di bawah:

Contoh 1:
Harga EU/USD sekarang ialah 1.3000.
Dua minit kemudian harga EU/USD berubah ke 1.3010.
Ini bermakna pair EU/USD telah berubah +10pip.

Contoh 2 :
Anda membeli USD/JPY pada harga 105.00
30saat kemudian…harga USD/JPY melonjak naik ke 105.20
Ini bermakna anda telah untung 20pip.









So..kesimpulannya:
PIP: Beza harga terkecil sesuatu pair.

Nampak tak? Sebarang perubahan terkecil sesuatu pair itu dikira sebagai PIP.Keuntungan dan kerugian anda juga berdasarkan berapa pip yang anda perolehi iaitu perubahan harga sesuatu pair tersebut.

Hei hei hei..pasti kepala anda mula panas sekarang..Dont wory,banyak lagi nak kene belajar untuk jadi seorang trader yang professional.Bak kata orang kampong ”kayuh pelan”.Tak lari market di kejar.Anda boleh rehat dulu sekiranya rasa terlalu berat untuk angkat semua ni dalam satu-satu masa.

Pair tu amende?

Pair tu amende?

Pair atau dalam istilah bahasa melayunya disebutkan sebagai “pasangan”.Dalam sebarang urusniaga mestiah ada beli dah jual.Anda membeli sesuatu barang bermakna anda menyerahkan wang dan mengambil barang anda.Mesti ada 2 transaksi berlaku ialah ambil dan bagi.Pasangan itulah yang dinamakan sebagai “PAIR” dalam urusniaga forex.Pair dalam urusniaga forex menggunakan symbol-simbol tertentu untuk kemudahan


Di sini saya berikan sedikit symbol matawang dan makna-maknanya.

Contoh symbol matawang ialah seperti:

GPB: Great Britain Pound (pound sterling lerrr)
USD: United State Dollar
JPY: Japanggg (Jepun) Yen
EUR: Euro (matawang euro digunakan di eropah kalau anda tak tahu)
CAD: Canadian Dollar (Dollar Canada)
CHF: Swiss Franc (Matawang Switzerland)
NZD: New Zealand Dollar
AUD: Australian Dollar


Contoh pair yang ada dalam urusniaga forex antaranya ialah:
















Ada kawan saya bertanya kenapa GPB/USD,susunan dia GPB/USD dan kenapa bukan USD/GPB.Jawapan nya mudah…ini kerana matawang yang lebih besar selalunya di letakkan di hadapan sesuatu pair tersebut.Matawang GPB lebih besar dari USD.Dalam tukaran wang Ringgit ke pound (GPB),1 pound bersamaan kira-kira RM7.Tukaran Ringgit kepada USD pula,1 USD bersamaan kira-kira RM3.30.Nampak?

Untuk membeli 1pound,kita memerlukan RM7 Ringgit.
Untuk membali 1USD,kita memrlukan RM3.30.

Ini bermakna matawang GPB lebih mahal dari USD nescaya GPB lebih besar dari USD.
Oleh yang demikian,matanwag yang lebih besar diletakkan dihadapan.

Sebagai contoh:Sekiranya anda membuka Chart MetaTrader4 GPB/USD,price biasa adalah sekitar 1.9000.Ini bermakna,untuk membeli 1pound (GPB),anda perlu membayar 1.9000 USD.

Hukum Forex dalam Islam.

Hukum Forex Dalam Islam.

Bagi mereka yang beragama Islam,sudah tentu anda tertanya-tanya,”Halal ke buat forex nih?”…
Secara umumnya,urusniaga forex adalah sah disisi syarak.Anda boleh layari www.mufti.perak.gov.my

Namun disini,ingin saya ingatkan kepada saudara bahawa ada sesetengah ustaz mempertikaikan hukum berforex.Ini kerana forex melibatkan swap,leverage dan hedging yang dikategorikan sebagai tidak sah disisi syarak.Namun begitu,bagi saya ia hanyalah pendapat peribadi dan hukum tersebut masih belum lagi di jelaskan oleh mufti-mufti.

Oleh yang demikian,saya akan terus melakukan urusniaga forex ini sehingga jelas kesahihan haramnya oleh mufti-mufti.Jika anda rasa was-was dengan urusniaga ini,anda boleh tepuk dada Tanya iman.Kalau yakin halal,teruskan,kalau tak berapa yakin,elok anda tinggalkan terlebih dahulu.Anda boleh search kat google ‘hukum forex’ untuk mencari jawapan anda sendiri.

Penjelasan tentang hukum urusniaga forex juga dijelaskan oleh Ust. Ahmad Dusuki Abd Rani seperti di bawah:


Sejarah Forex

Pengenalan.

Apa itu forex?
Forex atau nama penuhnya foreigh exchange.Dalam bahasa melayunya pula disebutkan sebagai ‘tukaran matawang asing’.Seperti maksud perkataan itu..tidak syak lagi sudah tentulah urusniaga forex ini melibatkan pertukarang matawang asing.

Sejarah forex.

Foreigh Exchange memang telah bersejarah lama semenjak perang dunia ke 2 lagi.Apa bila tertubuhnya bangsa-bangsa bersatu.Pertukaran matawang asing mula dilakukan oleh peniaga.Sebelum tahun 1990 (kalau tak silap saya) urusniaga forex hanya boleh dilakukan oleh bank-bank besar dunia atau peniaga-peniaga persendirian dengan modal minima USD 20juta.Namun semenjak tertubuhnya internet,urusniaga forex telah dibuka kepada umum dengan modal minima USD1.

Bagaimana boleh untung dengan forex?

Urusniaga forex melibatkan tukaran wang asing,namun kami tidak menyebutnya sebagai tukar2 barang sebaliknya jual beli.Sekiranya anda menukar wang Ringgit Malaysia (RM) ke US dollar (USD),anda dikira sebagai membeli matawang USD.Begitu juga sebaliknya,sekiranya anda ada pelancong yang menukarkna wang USD kepada RM,mereka dikira membeli RM atau buy RM.


Seperti yang anda tahu..setiap matawang mempunyai harganya tersendiri dan harga tersebut tiap kali berubah mengikut masa.Sebagai contoh..pada tahun 2006,harga 1 USD bersamaan dengan RM 3.50.Namun..pada tahun 2008 harga ekonomi US telah meleset dan menyebabkan harga 1 usd jatuh kepada RM3.20.

Contoh bagaimana anda boleh untung ialah seperti berikut:
Pada tahun 2006 anda memegang 100usd.Anda tahu yang ekonomi US meleset disebabkan perang di Iraq.Oleh yang demikian..anda telah membeli RM dengan harga 350 ringgit.Pada dua tahun kemudian..
Harga USD betul-betul jatuh teruk pada kadar RM3.20 untuk satu USD.Jadi anda tukarkan wang anda RM350 tadi kembali ke USD.Sudah tentu anda mendapat kira-kira 110USD bukan.Pada mulanya anda hanya membeli dengan modal 100usd.Selepas 2 tahun anda mendapat 110 USD.Anda telah untung 10USD bukan??


Pasti anda bertanya…”Dua tahun baru dapat 10 USD????Bapak lamer giler”.Sebenarnya dalam forex terdapat satu lagi keistimewaan yang dipanggil leverage.Saya akan terangkan bagaimana anda boleh untung atau rugi gila-gila dalam forex ini di bab leverage akan datang nanti.Heheheh..engko ingat senang nak kaya?? 

Pengenalan Kepada Forex

Forex Sebagai Sumber Pendapatan Utama

Ketahuilah bahawa semua orang mampu utk bebas dari masalah kewangan sekarang.
Apa yang anda perlukan hanyalah:

1.Sebuah komputer.
2.Sambungan internet.
3.Ilmu tentang tukarang matawang asing.
4.Dan kerusi utk anda berasa lebih selesa.

Empat benda tersebut sudah mampu utk anda melakukan bisnes yang terulung di dunia dan
menjana RM10,000 sehari sekiranya anda berusaha gigih untuk memperlajarinya.


Ape yang bestnye forex nih?

-Tiada tempat khusus.Anda boleh melakukan urusniaga ini di mana-mana sahaja di dunia ini asalkan anda mempunyai sambungan internet dan computer tidak kiralah samada di rumah,pejabat,hotel mahupun semasa berbulan madu. 

-Masa yang fleksibel.Anda boleh melakukan binsnes ini 24 jam sehari dan 5 hari kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana market tutup pada hari tersebut.Jadi anda boleh meluangkan masa bersama keluarga pada hari Sabtu dan Ahad kerana kebanyakan broker tutup urusniaga pada hari sabtu dan ahad.

-Modal yang fleksibel.Modal urusniaga forex ditetapkan oleh anda sendiri.Anda boleh bermula dengan 10usd,100usd atau 1000usd.Makin banyak modal,makin banyak juga untung boleh di jana dan makin besar jugalah kerugian yang bakal anda tanggung sekiranya rugi.

-Keuntungan yang berlipat kali ganda.Ya…sudah tentulah anda inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda bila melakukan sebarang urusniaga.Sekiranya anda sudah mahir dalam urusniaga ini,setakat RM10,000 sehari itu memang menjadi kebiasaan.Tapi tengok modal jugalah.

-Privacy.Yaa…inilah sebab yang paling disukai oleh kebanyakan trader.Anda tidak perlu berjumpa sesiapa.Anda lah bos dan andalah juga pekerja.Wang anda hanya anda yang mengetahui…kalau tanak simpan dalam bank,don’t worry.Anda boleh simpan dalam third party bank di internet dan boleh keluarkan wang anda di mana-mana sahaja di dunia ini.Saya akan jelaskan tentang third party bank ini di halaman kemudian.


Ok…cukuplah setakat tu dulu keistimewaan-keistimewaan urusniaga forex.Kalau anda rasa ada yang kurang,anda boleh tambah sendiri.

Dengan transaksi harian forex bernilai lebih 2 trillion USD (2,000,000,000,000 USD) tidak hairanlah mengapa anda boleh mengaut sejumlah wang yang besar dalam urusniaga ini.2 trillion???Banyak towww.Umpama setiap hari bagi 1 juta orang 2 juta USD.


Seterusnya saya akan membincangkan tentang….nanti dulu…
Sebelum saya sambung,ingin saya ingatkan bahawa setiap urusniaga di dunia ini mempunya risikonya tersendiri dan dalam urusniaga forex,risiko yang perlu anda tanggung sangat lah besar (bak kata orang putih ‘enormous’) anda mungkin boleh kehilangan wang dalam sekelip mata sekiranya tidak mempelajari ilmu-ilmu tentang forex dan terus sahaja menerjah masuk dalam urusniaga yang menukarkan risiko kepada keuntungan ini.Ya..dalam forex,risiko yang anda tanggung lah menjadi keuntungan yang anda bakal perolehi.Semakin besar risiko yang anda rasa boleh tanggung..semakin besar jugalah keuntungan yang bakal anda perolehi dari urusniaga ini.Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam bab ‘pengurusan wang’ nanti.Sekiranya anda seorang yang takut rugi..saya nasihatkan anda supaya lebih baik jauhkan diri dari urusniaga ini.


Okey..apa yang anda ingin ketahui dalam forex???

- Sejarah Forex
- Hukum Forex dalam islam
- Pair Tu amende?
- Pips tu ape ke hek?
- Spread dalam forex
- Buy & Sell

- Tentang Broker
- Leverage Forex
- Pending Order
- Stop Loss & Take Profit
- Yang di maksudkan dengan LOT
- Macam mana nak mula?

Anda boleh klik quick link di sebelah kanan ini sekiranya ingin terus ke mana2 page.



DAPATKAN EBOOK ASAS FOREX PERCUMA!!!!


Anda hanya perlu melakukan tiga langkah berikut untuk mendapatkan semua ebook saya di www.panduan-asas-forex.com secara percuma.


1. Membuka akaun seperti yang di ajar di:


2. Lakukan deposit minima atau sekurang-kurangnya USD50 (RM230) sepeti yang di ajarkan di:


3. Isikan boring pengesahan deposit dengan memasukkan trading akaun no, investor password dan server di website:

Dalam tempoh 48 jam, saya akan emailkan kepada anda semua ebook yang disediakan sekiranya anda memenuhi syarat yang ditetapkan.









New Forex Technic Release.

After a year i do nothing with this blog,finally i have figure out a new technic to gain a profit in forex market and i am going to share with you.Its kinda easy but it depend on time..

Let me explain first.

Name of the Technique: potGU
This technique base on pair GPB/USD.
Open chart with TF 30.
Chart type Caddlestick.

How to open post?
At 3.00 PM (GMT +8)
Set buy stop and sell stop 20pip from current price.
SL: 40 pip
TP: 20 pip

If you're greedy (of course you're) after the post trigger and profit more than 15 pip,set the stop loss to break even and larger your TP.You can get more than 50 pip profit with this.

See the result below.



Of course u can get more than 70 pip.Just put SL as trailing.
Google