Wednesday, January 6, 2021

Cara Menilai Satu Pip

 Salam dan Selamat Sejahtera.


Dalam urusniaga Forex, mengira satu nilai pip adalah sangat penting. Ini untuk mengetahui sajauh mana akaun anda akan bertahan dan berapa nilai take profit yang sesuai untuk diambil.


Nilai satu pip ialah keuntungan atau kerugian yang anda akan alami sekiranya berlaku pergerakan satu pip.

Nilai pip biasanya di nisbahkan kepada USDXX/pip dimana XX ialah nilai keuntungan/kerugian sekiranya berlaku pergerakan satu pip untuk posisi yang anda buka.


Untuk mengira nilai satu pip anda sangatlah mudah.

Nilai satu pip = usd/pip

Contohnya, sekiranya anda membuka satu posisi Eur/Usd di broker instaforex. Anda akan dapati nilai profit anda adalah negatif. Bahagikan sahaja nilai spread anda dengan nilai currency negatif tersebut.

Sebagai contoh, 

Spread: 3 pip

profit selepas open posisi buy: -3usd

3usd/3pip = 1usd/pip

Ini bermaksud sekiranya berlaku pergerakan naik 1 pip, anda akan keuntungan 1 pip dan sekiranya berlaku pergerakan turun, anda akan kerugian 1 usd.


Pentingnya pengiraan nilai satu pip ini adalah untuk anda tentukan sejauh mana keuntungan/kerugian yang anda hadapi apabila berlakunya pergerakan. Trader yang berjaya sentiasa menetapkan target keuntungan harian. Capai sahaja target harian, close terminal dan rehat.

Semakin kurang anda membuka terminal, semakin kurang juga anda akan rugi. Ini adalah untuk mengelakkan dari bertemu dengan ombak badai yang tidak disangka. 


Ingat, dalam Forex tak boleh tamak. Orang tamak selalu rugi. Sekian sahaja dari Saya trader forex yang berpengalaman 15 tahun.

Google