Sunday, April 13, 2014

Trading Minggu Lepas 7/4/2013

Hmm...
Trading saya minggu ni ada sedikit loss. Berikut adalah SS demo teknik baru yg saya katakan pada entry sebelum ini..
Klik untuk besarkan gambar




Seperti yang anda semua boleh lihat, pada 8/4/2014 saya mengalami kerugian yg agak ketara. Ini kerana saya sendiri gatal tangan tidak mengikut rules2 teknik saya sendiri dan main agak je market akan turun. Akibatnya.. Terkena la pulak Stop Loss.. rugi USD54..

Walau bagaimanapun.. loss adalah perkara biasa. Tiada teknik yg 100% profit. Tujuan saya membuat ini walaupun demo version adalah untuk mengajar anda semua cara2 melakukan analisa dan juga disiplin teknik.

Gunakan demo dahulu untuk sesuatu teknik yang baru sebelum memasukkan wang sebenar. Setakat ini, modal permulaan yang saya gunaakan ialah 100USD. Dan skrg telah mencapai target 200usd dalam kurang dua bulan iaitu 100% modal.  Bayangkan kalau saya applikasi teknik dan cara ini pada modal 1000USD duit sebenar. Sudah tentu keuntungan 1000usd sebulan not bad lah.. haha

Sekiranya anda mengamati SS saya ini.. sudah pasti tidak susah untuk anda mengagak teknik yg saya gunakan, berapa SL, TP dan juga waktu2.. Analisa market ialah tugas trader. Malas menganalisa.. sudah pasti trading anda adalah secara gamble dan gamble/perjudian adalah HARAM dalam islam itu sendiri.

Semoga usaha saya yg kecil ini memberi manfaat kepada semua pembaca blog2 saya.
Sekian dulu dari saya untuk minggu ini.. minggu depan saya post lagi.

Saturday, April 5, 2014

ITs been a while.. macam dah lame tak post.. hihihi

Rasanya macam dah agak lama saya tidak post dalam blog ini.
Bukan nya apa.. tetapi kebelakangan ni saya sangat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Al-maklumlah.. kita semua ada hidup masing2. Forex masih lagi saya teruskan walaupun agak slow kebelakangan ini.




Saya kini dalam usaha mencipta satu teknik baru. Insya'Allah sekiranya berkesempatan, saya akan kongsikan dengan semua pembaca blog saya. Tetapi saya perlu verify dahulu teknik ini profitable dalam lingkungan beberapa bulan.

Bukan senang sebenarnya nak mencipta sesuatu teknik profit forex. Anda memerlukan pemerhatian yang mendalam dan teliti. Ramai dikalangan trader forex diluar sana sangat malas nak membuat research atau analisa forex. Mereka hanya tahu mencilok teknik2 yang dicipta oleh org lain.
Tapi bukan semua la kan.. kebanyakkan je. Anda bagaimana??

Sini saya kepilkan SS demo minggu lepas utk teknik baru tersebut. Sekiranya korang ada juga teknik2 yang best, bolehla kongsikan dengan saya. Insya'Allah sekiranya teknik itu betul2 berkesan, saya akan postkan di blog ini.



Leceh beno nak edit blogger ni. Haishhh~~~


Google